Sabtu, 20 Februari 2016

Coretan Dato' 'Terlajak Laris' Timbul Tanda Tanya


"Ku Harap Kau Kekal Bersama Selamanya," - Datuk Aliff Syukri



Sejak kebelakangan ini kita banyak disajikan kononnya rumah tangga jutawan kosmetik terkenal, Dato. Aliff Syukri  dengan isterinya Datin Nur Shahida goyah.

Namun, hari ini pengasas produk kesihatan dan kecantikan D'Herbs itu tampil memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya bersama sekeping gambar beliau sedang meluangkan masa makan bersama isterinya.

Gambar berkenaan sekali gus menepis dakwaan khabar angin sebelum ini yang mengatakan bahawa rumah tangga jutawan kosmetik itu kini sedang goyah seperti yang dilaporkan portal-portal media hiburan sebelum ini.

“Terima kasih semua yang menyayangi saya. Terima kasih isteriku @shahidadherbs untuk senyum yang selalu kau lukis di hati. Temanilah waktuku susah dan senang. Ku harap engkau kekal bersama selamanya,’’ tulis abang terlajak laris itu di Facebook.

Banyak-banyak bersabar Dato'. Semua ujian dan dugaan ada hikmahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...