Isnin, 15 Februari 2016

Emma Maembong Tidak Desak Keluarga

Emma Maembong Tidak Desak Keluarga Untuk Merestui Perkahwinan

Umum sudah mengetahui akan status hubungan Emma Maembong dengan Kamal Adli, bagaimanapun Emma tidak mahu terlalu mendesak ayahnya agar merestui hubungan mereka berdua. Emma mengakui dia sudah bersedia untuk menempuhi gerbang perkahwinan bila-bila masa sebaik sahaja mendapat 'green light' daripada bapanya.

Ramai yang mempertikaikan akan kesediaan Emma untuk mengharungi alam perkahwinan. Apakah dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri mahupun sebagai ibu? Namun, Emma pantas menyangkal kata-kata tersebut, dia mengakui mempunyai naluri keibuan yang tinggi berbekalkan pengalaman menjaga anak-anak saudaranya sebelum ini.

Setinggi langit pun cinta kita kepada seseorang, restu ibu bapa adalah penting bagi setiap perhubungan. Melalui restu mereka, perhubungan yang kita bina akan mendapat keberkatan sepanjang masa.

Semoga berjaya Emma..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...