Ahad, 14 Februari 2016

Tok Gajah Berkongsi Mata Dengan Terengganu FC II



Pahang FC : 2 - Terengganu FC II : 2

Perlawanan pembukaan Liga Super di antara Pahang dan Terengganu FC II ( T-Team ) berkesudahan dengan jaringan 2-2 di antara dua pasukan tersebut. Tahniah kepada kedua dua pasukan kerana menyajikan perlawanan yang menarik walaupun dicemari dengan insiden kad merah pada minit ke- 32 yang dilayangkan kepada pertahanan Pahang, Mohd Saifulnizam Miswan. Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke- 21 melalui pemain import dari Slovenia, Dalibor Volas. Corak permainan berubah akibat insiden kad merah tersebut, namun keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama. Sebaik wisel separuh masa kedua ditiupkan, pasukan pelawat menggandakan serangan dan asakan di samping tuan rumah bertahan dan sekali sekala melancarkan serangan ke kubu pasukan pelawat. Namun, gawang tuan rumah akhirnya bocor jua apabila pemain pelawat Muhammad Shapawi merembat masuk gol penyamaan pada minit ke-71. Seakan mendapat tonik daripada gol penyamaan tersebut, pasukan pelawat terus menggandakan asakan bertali arus ke kubu Tok Gajah dan akhirnya serangan Terengganu FC II berjaya membuahkan gol pada minit ke - 88 apabila pemain mereka menolak masuk bola ke gawang tuan rumah hasil dari kesilapan penjaga gol Pahang FC pada malam ini, Mohd Nasril Nourdin.

Tersentak dari gol tersebut, pemain-pemain Pahang FC terus melancarkan serangan pada minit-minit akhir permainan, di mana serangan yang diketuai oleh German Pachecho, pemain import dari Argentina berjaya memperolehi sepakan percuma di luar kotak penalti pasukan pelawat. Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh German Pachecho, akhirnya dengan tenang, menyepak cantik masuk ke dalam gol hasil dari sepakan percuma tersebut pada minit akhir permainan. Permainan berkesudahan dengan keputusan Pahang FC : 2 - Terengganu FC II : 2.

Sekalung tahniah diucapkan kepada skuad muda Pahang FC di atas usaha gigih dan kesungguhan yang tidak kenal erti putus asa sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Teruskan semangat juang anda semua untuk perlawanan-perlawanan yang akan datang, kejayaan akan menjadi milik Pahang FC.

SELAMAT MAJU JAYA.


# HitamPutihTakkanPadam
# DemiLencanaDiDada
# MenangTakMegah,KalahTakRebah
# ThisIsDarulMakmur
# EmpayarTokGajah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...