Isnin, 15 Februari 2016

Felda United Mencari Pengganti Thiago

Felda Hilang Khidmat Thiago


Pengendali Felda United, Ifran Bakti mengakui akan mencari pemain penyerang baru bagi menggantikan Thiago yang terpaksa diketepikan selama 6 minggu akibat kecederaan.
Felda United membuktikan mampu mencipta kemenangan walaupun tanpa kelibat pemain penyerang importselepas mencatat kemenangan 2-0 keatas Kedah.

Walaupun mempunyai penyerang tempatan seperti Bobby Gonzales, namun pemain itu dilihat masih gagal meyakinkan Irfan Bakti.

"Kerjasama pemain sampai ke minit terakhir merupakan fokus kerana mampu mencatat kemenangan tanpa kehadiran pemain penyerang.

"Kami memerlukan penyerang baru kerana Thiago hanya boleh bermain selepas 6 minggu," jelasnya.

Sementara itu, pengendali Kedah Tan Cheng Hoe akui kesilapan individu jadi punca pasukkannya tewas.

"Kita bermain dengan baik tetapi kami mensiakan beberapa peluang yang hadir disamping kesilapan individu jadi punca kami tewas," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...