Ahad, 14 Februari 2016

Higuain, Sasaran Chelsea Kali Ini

Gonzalo Higuain Dalam Radar Chelsea Untuk Musim Depan

chelsea-serius-mahu-higuain-kali-ini

Dikhabarkan juara bertahan Chelsea akan cuba memujuk penyerang Argentina, Gonzalo Higuain berhijrah ke Stamford Bridge musim depan demi pembaharuan skuad yang amat diperlukan.

Menurut laporan media asing, The Blues menjadi peminat Higuain sejak tahun lepas namun sebarang perikatan gagal disebabkan Jose Mourinho mahu kekalkan Diego Costa sebagai penggempur utama.

Banyak telah berubah sejak itu setelah Jose Mourinho dipecat dan Diego Costa dilaporkan hampir mennyempurnakan kepulangannya ke Atletico Madrid. Apatah lagi, sentuhan magis Higuain telah melonjakkan pasukannya Napoli ke persada liga Itali, Serie A.

Bekas penyerang Real Madrid itu meledakkan 24 gol dalam 24 perlawanan liga setakat ini dan berada di landasan tepat untuk menjadi pemain Argentina pertama menjulang Scudetto bersama Napoli sejak Diego Maradona.

Tahun depan, tidak mustahil Chelsea akan menggugurkan kesemua pemain dalam jentera serangan mereka. Selain Costa, penyerang Loic Remy dilaporkan dalam proses mepersetujui perjanjian bersama pasukan China tidak ternama manakala ada kemungkinan besar, tempoh pinjaman Alexandre Pato tidak akan dilanjutkan.

Bagaimanapun, identiti pengendali baru Chelsea perlu diketahui terlebih dahulu. Apakah perancangan Cheslea untuk mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris musim depan?
Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...