Khamis, 25 Februari 2016

Tips Kenali Minyak Enjin



Kenali Minyak Enjin  :

 

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut. 
Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik

Kebiasaannya standard statement dari pengeluar, tukar minyak hitam pada setiap 5000KM ataupun setiap 3 bulan, ataupun mana2 yg tiba dahulu. Kaedah ini adalah utk menjaga lebih baik kesihatan enjin kereta saudara. 

Untuk jenis Fully Sintetik, tidak sarankan kepada pengguna kenderaan biasa. Fully Sintetik elok digunakan bagi kereta yg sering bergerak, seperti cth teksi yg sering bergerak dan teksi juga ingin lama menggunakan minyak hitam jika tidak membazirlah teksi dlm menukar minyak hitam selalu yg semestinya 5000km akan capai dahulu sentiasa. Dan fully sentetik juga digunakan bagi kereta lumba, kerana kelikatannya pada suhu tinggi yg tinggi, seperti contoh gred fully sintetik adalah 10W60



Soalan yang berkaitan minyak hitam : 

Apakah fungsi minyak pelincir?

Minyak pelincir melicinkan bahagian enjin untuk mengurangkan geseran, supaya ia boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik perlindungan dan prestasinya. 

Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?

Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum. 

Apakah perbezaan antara minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik?

Minyak pelincir mineral diperoleh dari minyak mentah petroleum yang ditapis. Minyak pelincir sintetik prestasi tinggi telah melalui rawatan kimia yang kompleks dan menyebabkan ia mempunyai ciri-ciri fizikal dan kimia yang kuat. Dengan mengeksploitasikan ciri-ciri yang unggul ini, enjin boleh dilindungi dengan lebih baik.

Minyak pelincir saya menjadi hitam dalam beberapa hari sahaja apabila saya menukarnya. Adakah ini perkara biasa?

Jika minyak pelincir bertukar warna bermakna ia berfungsi. Minyak pelincir yang baik mengandungi bahan tambah pencuci untuk membersih enjin dan menyebabkan minyak pelincir bertukar hitam. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di dalamnya dan enapan masih melekat pada bahagian enjin.


Adakah minyak pelincir yang lebih likat lebih baik. ?

Tidak. Kelikatan minyak dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu enjin. Minyak pelincir yang terlalu cair tidak mampu memberikan pelinciran yang mencukupi dan boleh menyebabkan penggunaan minyak pelincir yang banyak.  Jika terlalu likat pula, ia mungkin memberikan masalah seperti kurang kuasa, panas melampau, pengedaran lemah dan mengurangkan penjimatan bahan api.

Bila sepatutnya minyak perlu tipis atau tebal?

Enjin memerlukan minyak yang cukup tipis untuk permulaan pengoperasian enjin (sejuk), dan cukup tebal ketika enjin berkeadaan panas / sedang beroperasi. Memandangkan minyak akan menipis apabila enjin semakin panas, dan lebih tebal apabila sejuk, jesteru kita menggunakan apa yang disebut minyak multi-grade. Minyak ini memenuhi spesifikasi SAE dengan melengkapi ‘requirement’ untuk enjin ketika sejuk / bersuhu rendah (minyak tipis) dan ‘requirement’ untuk enjin ketika panas / bersuhu tinggi (minyak tebal).

Jadi waktu bilakah yang paling sesuai untuk memeriksa paras minyak pelincir enjin?.

Jika enjin kenderaan anda sejuk (contohnya setelah semalaman di garaj) anda boleh terus periksa paras minyak enjin anda. Minyak pelincir telah pun mengalir sepenuhnya ke dasar tangki. Cuma pastikan kedudukan kenderaan yang rata. Jika enjin masih panas (setelah dipandu) maka anda pelula tunggu lebih kurang 30 minit supaya kebanyakan minyak betul-betul mengalir ke bawah. TETAPI ada sesetengah kenderaan (seperti di sarankan oleh pengilang kenderaan di dalam Manual) perlu diperiksa ketika enjin beroperasi atau pada suhu tertentu seperti Porcshe Carrera ’92.

Cara terbaik memeriksa paras minyak hitam?

Nota: Penerangan ini hanya untuk enjin ‘wet-sump’ – jenis enjin yang terdapat pada kebanyakan kenderaan penumpang.

Bagi kebanyakan orang topic ini adalah perkara yang remeh dan semua orang boleh lakukan. Tetapi masih ada pengguna yang tidak tahu perkara asas dalam melakukan kerja ini.

Apabila memeriksa paras minyak di dalam enjin, kereta mestilah dalam paras / keadaan rata (tidak senget), dan mestilah enjin dalam berkeadaan sejuk. Sesetengah orang enggan membuka ‘crankcase’ atas sepenuhnya, dan mereka selalu memeriksa ‘dipstick’ sejurus mematikan enjin kenderaan. Memeriksa paras minyak dengan cara ini member bacaan yang mengelirukan kerana kuantiti minyak (biasanya setengah liter) sebahagiannya masih terdapat di ‘oilway’ dan ‘passages’ di dalam enjin, dan mengambil masa untuk mengalir turun ke ‘crankcase’. (di dalam gambar; bahagian berwarna biru menunjukkan di mana minyak masih mengalir turun ke dalam ‘sump’). Dalam keadaan paras minyak enjin yang bukan sebenar seperti tertera pada ‘dipstick’, mereka kemudian menambah lagi minyak ke dalam enjin. ‘Oilways’ dan ‘passages’ yang kosong, dan kemudian enjin dipenuhi lebih minyak pelincir, melebihi paras penanda ‘MAX’ pada ‘dipstick’.

Apa yang berlaku apabila paras minyak pelincir enjin melebihi tahap ‘MAX’.

Anda telah menambah minyak pelincir ke dalam enjin setelah enjin panas dan selepas melihat paras minyak pada ‘dipstick’ yang tidak tepat, atau anda mengisi minyak pelincir melebihi tahap yang sepatutnya apabila anda menukar minyak hitam. Apakah perkara buruk yang berlaku? Masalahnya adalah ketika anda menghidupkan enjin kemudiannya, ‘windage’ pada ‘crankcase’ serta tekanan lain yang terhasil daripada pengoperasian minyak di dalam enjin, dsb.

Berikutnya, tidak beberapa lama kemudian, pelindung ‘bearing’ utama bahagian belakang akan pecah dan enjin akan bocor. Jika anda menggunakan gear manual, ini bermaksud minyak yang bocor akan terkena pada flywheel dan permukaan cakera klac. Klac yang berminyak membawa pada situasi yang tidak bagus. Jika anda masih tidak perasan kebocoran ini, ia seterusnya akan menjejaskan pelindung ‘bearing’ utama bahagian hadapan pula, serta enjin akan memercikkan lagi minyak (atau ia akan mula menumpahkan minyak di setiap laluan). Secara kasarnya daripada minyak yang bocor ia boleh mendatangkan kerosakan terhadap kesuluruhan enjin termasuk cakera brek.

Pada masa yang sama ia juga boleh memburukkan keadaan dalam enjin. Seperti yang boleh kita lihat pada gambar rajah, paras minyak yang sebenar terletak berhampiran dengan ‘crank’ / engkol yang berpusing. Apabila minyak melebihi paras yang sepatutnya ‘crank’ akan tenggelam ke dalam minyak dan menghasilkan buih yang mana ia tidak bagus untuk enjin.

Pencampuran minyak dengan udara akan mmberi tekanan kepada ‘bearing’ dan untuk pengetahuan anda udara bukanlah bahan pelincir. Pada asasnya ‘bearing’ akan rosak secara berterusan lebih-lebih lagi apabila anda memandu di jalan raya. Anda akan tahu ‘bearing’ enjin anda rosak bila situasi ini betul-betul berlaku kepada anda. Enjin anda akan berbau seperti minyak enjin yang terbakar dan bunyi bising akan kedengaran. Dalam situasi yang lebih teruk minyak enjin boleh memasuki ruang pembakaran minyak petrol dan menjejaskan prestasi enjin dan keadaan bahagian pembakaran petrol.

Jumpa lagi untuk artikel yang akan datang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...