Isnin, 15 Februari 2016

Hari Istimewa Buat Liverpool

Liverpool Mencatatkan Kemenangan Istimewa



Ia benar-benar menjadi hari yang istimewa buat Liverpool selepas sekian lama tidak merasai kemenangan, apatah lagi dengan kemenangan besar! Melalui 4 perlawanan terakhir termasuk saingan Piala FA, Liverpool hanya merekodkan 2 kemenangan dan 2 kekalahan.

"Ia adalah hebat tetapi ini bukan hari untuk menyanyikan lagu atau lakukan sesuatu (sambutan), ia juga sebahagian untuk menghormati Aston Villa, kelab hebat yang kini dalam situasi sukar. Kita hanya datang di sini dan menang perlawanan. Ia hari yang hebat untuk kita dan hari yang sukar untuk Aston Villa. 

"Kita menang 6-0. Ia sangat jarang berlaku dalam kehidupan pengurus, jadi anda harus simpannya untuk hari yang buruk. Permainan dan keputusan yang bagus. Bagus juga untuk liga dan perbezaan gol, jadi semuanya nampak baik," kata Klopp.

Kemenangan Liverpool mungkin berpunca daripda suntikan semangat dengan kepulangan Daniel Sturridge yang bermain buat kali pertama dalam liga sejak Oktober tahun lalu. Sturridge disenaraikan dalam kesebelasan utama buat kali kedua dibawah bimbingan Klopp, selepas penyerang itu pulih daripada kecederaan hamstring.

"Sudah tentu, kita perlukan gol daripada Sturridge dan dia juga perlukan gol. Jelas. Tetapi bagi saya dia bukan hanya sekadar penyerang yang boleh menjaringkan gol, tetapi bagaimana corak permainannya dengan rakan-rakan dan gerakannya.

"Dia adalah penyerang yang sebenar dan sangat gembira melihatnya kembali. Ia hari yang sempurna buatnya dan diharapkan dia boleh bermain untuk perlawanan seterusnya," tambah Klopp. 

Selain Sturridge yang menjaringkan gol pembukaan perlawanan, Milner, Emre Can, Divock Origi, Nathaniel Clyne dan Kolo Toure masing-masing mejaringkan gol untuk melengkapkan kemenngan 6-0 Liverpool keatas Villa.

Sementara itu lain-lain keputusan EPL awal pagi tadi menyaksikan pendahulu liga, Leicester City tewas kepada Arsenal 2-1 dan Manchester City tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...