24 Tips Asas Servis Kereta WAJIB Tahu
Berikut adalah perkara-perkara asas tentang servis kereta
yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis
kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja
penyelenggaraan:
Minyak hitam.
Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan sintetik – setiap 5,000 km
atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalau yang sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.
Filter
Kalau yang sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.
Filter
Sama seperti minyak enjin. Minyak biasa – 5000 km.
Minyak Synthetic – 7500 km hingga 10000 km. Dalam erti kata lain, bila tukar
minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter).
Spark plug.
Spark plug.
20,000 km ikut jadual buku servis berkala! Tapi boleh
pakai sampai 30k-40k. Benda ni bukan kritikal sangat! Tapi kalau dah
lebih 40k tak tukar, electrode pun dah nipis, elok tukar. Harga
sekitar RM20-25 untuk 4 biji.
Bateri kereta
Bateri kereta
18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara
penggunaan. Kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan
sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering, 6 bulan
pun bateri boleh kong! Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri
yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau
NS50 tu anda kena banding dengan NS50 dari jenama yang lagi satu! Kalau
kancil, biasanya pakai NS40 atau NS40L.
Timing belt
Timing belt
60,000 km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh
tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing
belt biasanya ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, sampai 60,000 km
terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun.
Clutch plat
Clutch plat
Clutch plate ialah perkara subjektif. Biasanya ikut
pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku
sewaktu pemanduan kita. Ini perkara yang susah nak diterangkan, sebab tu mereka
kata bila 100,000 km baru tukar clutch!
Fuel Filter
Fuel Filter
Tukar sekitar 40,000 km sekali. Murah, sekitar
RM15-20.
Air Filter atau Penapis Udara
Air Filter atau Penapis Udara
Yang ini di tukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang
tukar kepada K&N type, benda ni tak payah ditukar, tapi mampu
dibersihkan sudah cukup.
ATF (Automatic Transmission Fluid)
ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ini memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam
manual ada disebut setiap 20,000 km kena tukar. Tapi boleh la extend hingga
30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar.
Jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan
kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yang besar. Kalau kita rajin
tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yang disyorkan
oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9
liter. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis.
Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar yang biasa
sahaja , yang budget kurang dari RM100, ikut saiz kereta anda.
Gear Oil
Gear Oil
Untuk mereka yang pakai manual gearbox. Kereta
anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni
boleh tukar 60,000 km sekali.
Brake Fluid dan Power Steering Fluid
Brake Fluid dan Power Steering Fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru
setiap 60,000 km.
Radiator Coolant
Radiator Coolant
Sebotol RM8-RM15. Selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la
tukar sekali! Kalau air radiator warna clear je.. Maknanya air paip biasa aje
tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
Air-Cond Belt/ Alternator Belt
Air-Cond Belt/ Alternator Belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing
belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ini. Belt Air-con
dan juga alternator mudah dikenal pasti sama ada perlu ditukar atau tidak. Ini
kerana belt-belt ini letaknya diluar dan mudah dilihat. Kalau bahagian
“ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus, maka eloklah ditukar belt tersebut.
Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir
sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau
masa ”3 bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna
kereta melakukan penyelenggaraan atau “preventive maintenance”.
Preventive maintenance
Preventive maintenance
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi
kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari
pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi
dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni
kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab
mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu
pembaziran. Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat
alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000 km, tentu
kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang
diterang kan di atas.
Minyak gear manual
Minyak gear manual
Ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun),
setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus untuk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF
– ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.
Flush. Kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling atau RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km (Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Gigi masih elok – tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
Water pump
Flush. Kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling atau RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km (Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Gigi masih elok – tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
Water pump
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali
ke-2. Katalah kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila
kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar
sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water
pump kena buka timing belt. Jadi, kalau buat sekali, tiada extra
labor charge.
Spark plug
Spark plug
Setiap 20,000 km. Atau selagi plastik kat tengah tu masih
putih dan tiada kesan terbakar. Jadi, kena periksa spark plug. Kalau spark
plug berminyak – engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab
piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus
i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major
work juga.
Head gasket
Head gasket
Tukar apabila minyak leaking kat area tu.
Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head
gasket. Buat grind valve sekali. Ia dipanggil top-overhaul.
Top overhaul
Biasanya top overhaul tidak diperlukan
kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada juga yang 7-80,000
km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab penggunaan yang lasak.
Brake pad
Tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit.
Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake – pun sama. Anyway brake
belakang tahan lebih lama dari brake depan, sebab biasanya double.
Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana
ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang
lain.
Camshaft
Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft
yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing
belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun
adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas
dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat
dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan
pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 60,000 km - 90,000 km.
Semoga bermanfaat untuk semua pemilik kereta.