Nelydia Nafi Bercinta Kembali
Sering dilihat keluar bersama dan baru-baru dikatakan
menikmati percutian bersama di Thailand, ada pihak yang mendakwa Nelydia
Senrose dan Qi Razali sudah kembali bercinta secara senyap-senyap.
Namun, Nelydia menafikan gosip tersebut dan sekali lagi
menegaskan mereka sekadar rakan baik serta tidak pernah bermusuh sejak putus
cinta sekitar bulan Ogos tahun lepas.
Walaupun sudah putus,
kami tidak pernah bermusuh. Hubungan kami masih baik dan sesekali kami bercakap
soal kerja dan tidak lebih dari itu.
Namun, saya tidak mahu
terlalu bercakap mengenai perkara ini kerana kita tidak tahu bagaimana keadaan
pada masa akan datang
.
Ada pula khabar angin yang mengatakan Nelydia akan berkahwin
pada tahun ini.
Berikut jawapan Nelydia ketika menjawab soalan tersebut :-
Kalau betul saya nak
kahwin dalam masa terdekat ini, sudah tentu sekarang saya sibuk membuat
persiapan kahwin. Sebaliknya saya kini sibuk di lokasi penggambaran.
Bak kata Nelydia kalau dimasa hadapan mereka masih ada jodoh
untuk bersama siapa yang tahu bukan? Mungkin Nelydia mahu mengejar
cita-citanya dahulu sebelum berkahwin, maklumlah beliau masih lagi muda pasti
ada banyak lagi impian yang belum tercapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan