Liverpool Mencatatkan Kemenangan Istimewa
Ia benar-benar menjadi hari yang istimewa buat Liverpool
selepas sekian lama tidak merasai kemenangan, apatah lagi dengan kemenangan
besar! Melalui 4 perlawanan terakhir termasuk saingan Piala FA, Liverpool hanya
merekodkan 2 kemenangan dan 2 kekalahan.
"Ia adalah hebat tetapi ini bukan hari untuk menyanyikan lagu atau lakukan
sesuatu (sambutan), ia juga sebahagian untuk menghormati Aston Villa, kelab
hebat yang kini dalam situasi sukar. Kita hanya datang di sini dan menang
perlawanan. Ia hari yang hebat untuk kita dan hari yang sukar untuk Aston
Villa.
"Kita menang 6-0. Ia sangat jarang berlaku dalam kehidupan pengurus, jadi
anda harus simpannya untuk hari yang buruk. Permainan dan keputusan yang bagus.
Bagus juga untuk liga dan perbezaan gol, jadi semuanya nampak baik," kata
Klopp.
Kemenangan Liverpool mungkin berpunca daripda suntikan semangat dengan
kepulangan Daniel Sturridge yang bermain buat kali pertama dalam liga sejak
Oktober tahun lalu. Sturridge disenaraikan dalam kesebelasan utama buat kali
kedua dibawah bimbingan Klopp, selepas penyerang itu pulih daripada kecederaan
hamstring.
"Sudah tentu, kita perlukan gol daripada Sturridge dan dia juga perlukan
gol. Jelas. Tetapi bagi saya dia bukan hanya sekadar penyerang yang boleh
menjaringkan gol, tetapi bagaimana corak permainannya dengan rakan-rakan dan
gerakannya.
"Dia adalah penyerang yang sebenar dan sangat gembira melihatnya kembali.
Ia hari yang sempurna buatnya dan diharapkan dia boleh bermain untuk perlawanan
seterusnya," tambah Klopp.
Selain Sturridge yang menjaringkan gol pembukaan perlawanan, Milner, Emre Can,
Divock Origi, Nathaniel Clyne dan Kolo Toure masing-masing mejaringkan gol
untuk melengkapkan kemenngan 6-0 Liverpool keatas Villa.
Sementara itu lain-lain keputusan EPL awal pagi tadi menyaksikan pendahulu
liga, Leicester City tewas kepada Arsenal 2-1 dan Manchester City tewas 1-2
kepada Tottenham Hotspur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan