Sabtu, 27 Februari 2016

Cara Penjagaan Kekili

Tips Penjagaan kekili






Berjumpa sekali lagi dalam tips-tips yang berkaitan dengan penjagaan peralatan memancing. Untuk kali ini, kita akan menceritakan tentang penjagaan kekili sebelum dan selepas menjalankan aktiviti pancingan. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

  • ·         Jangan sesekali meletakkan kekili anda di atas tanah berpasir kerana bearing boleh rosak jika dimasuki pasir halus.

  • ·         Jangan biarkan kekili anda berjemur terlalu lama dibawah terik mataharikerana ia boleh menyebabkan keretakan pada bahagian kekili yang diperbuat dari plastik.


  • ·         Sebaiknya gunalah kekili yang sepadan dengan padang pancing. Sebagai contoh jika memancing di laut, gunalah kekili khusus untuk kegunaan air masin.

  • ·         Selepas memancing di air masin, bilas segera kekili anda dengan air tawarbagi mengelakkan pembentukan garam pada spool. Jika rajin, keluarkan tali dari spool agar dapat mencuci diseluruh bahagian.

  • ·         Sebaiknya juga gunalah siri kekili dengan saiz ikan yang dipancing.Semakin besar ikan yang dipancing, semakin besarlah siri kekili yang digunakan.

  • ·         Sentiasa lancarkan pusingan gear dengan menggunakan minyak gelincir.Begitu juga pada bearing dan pengayuh.

  • ·         Gunakan peralatan membersihkan kekili yang terdapat di kedai menjual peralatan pancing agar memudahkan kerja pembersihan kekili anda.


  • ·         Jika kurang mahir, sebaiknya menghantar kekili ke kedai pancing untuk diservis agar kekili tidak bertambah rosak.

  • ·         Sebaiknya simpan kekili didalam kain sarung atau beg bila tidak digunakan atau setiap kali nak dibawa memancing agar tidak calar atau patah.


  • ·         Mengendalikan kekili dengan baik ketika bertarung dengan ikan. Belajarlahteknik dan cara bagi memanjangkan jangka hayatnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...