Jumaat, 12 Februari 2016

Pemilik Restoran Nasi Kandar Mati Ditembak

Pemilik restoran nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kenderaan, Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut pagi tadi akibat ditembak sebenarnya seperti sudah tahu tragedi berkenaan akan menimpanya.

Di dalam status laman Facebook beliau bernama Amin Beyond, di telah memuatnaik satu status bersama gambar sebuah kejadian tembakkan dalam kereta di mana dia meramalkan perkara yang sama akan menimpanya suatu hari nanti.



Menerusi gambar dan status itu, Syed Amen menyatakan dia tidak takut dengan kerana baginya hidup dan mati itu ditentukan Allah.

Ia memuatnaik status berkenaan kerana katanya dia pernah menerima ugutan sedemikian akibat kerja-kerja yang dilakukannya.

Berdasarkan pendedah, beliau adalah seorang aktivis  yang aktif membantu penduduk Pulau Pinang dan berdasarkan laporan sebuah akhbar 2014 dua buah kereta di dalam premis kedai cuci kenderaannya telah dibakar.

Dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.

Syed Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya di George Town, kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...