Mencandat Sotong, Teknik Dan Peralatan.
Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi
yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronokkan yang
tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan
oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling
menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan
candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama
yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa
digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat
Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga
sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain
yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau
udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali
sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap
juga perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat
sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara
mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya.
Setiap akhir Mac
hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong
kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai
reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna
sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat
tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran
Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. Apabila musim
mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang,
Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan
lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang
berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di
kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi
cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan
berhenti apabila fajar menyingsing.
Rezeki akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur, iaitu tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu agresif sehinggakan mereka memakan diantaranya (sama sendiri). Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Di tempat begini candat twist yang paling efektif sekali, dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong melekat pada candat.
Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.
JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA
1.Candat Twist
Candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai
pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia
dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut
sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah,
putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari
tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan
perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke
dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan
pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus
menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist
sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai
digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan
unjam atau tukun sahaja.
2. Candat umpan
Berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan
bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih
matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh
syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat.
Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor
sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala
memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah
kepala ikan sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan
dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan
cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya.
Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.
Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.
3.Candat Udang
Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong
mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air
memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong. Cara mengguna hampir
sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar.
Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut.
Begitulah serba sedikit tips berkenaan dengan mencandat sotong untuk anda semua.Jumpa lagi di coretan yang seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan