Lain Yang Dicari, Lain Yang Dijumpai
Hasrat seorang lelaki warga emas mahu mengambil daun kelapa sawit untuk dijadikan makanan kambingnya terbantut apabila beliau menemui tengkorak dan tulang manusia yang berselerakan di dalam hutan di Kampung Sungai Pasir, Batu 2 Jalan Kuala Ketil, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu , Md Zuki Salleh, 64 tahun, yang memasuki kawasan hutan sejauh dua kilometer dari jalan utama ternampak objek yang mencurigakan ketika beliau memotong pelepah berkenaan lalu pergi untuk melihat secara lebih dekat.
Dia terkejut apabila mendapati ia tengkorak dan tulang manusia di bawah pokok kelapa sawit terbabit lalu bergegas keluar dari hutan tersebut dan menghubungi anaknya yang kemudian menghubungi pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.
“Pada mulanya saya ingat rangka binatang, tetapi sebaik pergi dekat, memang tengkorak manusia selain beberapa tulang bersama selipar, seluar dalam serta baju yang turut ditemui tidak jauh dari kawasan itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan