Santapan Nurani
Ramai orang yang tidak mahu berubah, pelbagai alasan yang mereka berikan,
"Belum dapat hidayah lagi...."
"Belum sampai seru lagi..."
"Kami muda lagi, tua-tua nanti barulah bertaubat.."
"Nanti la... Belum sedia lagi..."
Inilah alasan-alasan mereka, tetapi mereka tidak pernah tahu Allah SWT hampir setiap hari memberi hidayah kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya.
Buktinya..??
Orang yang tidak bersolat atau malas bersolat, Allah SWT beri hidayah dengan cara DENGAR azan setiap kali masuk waktu solat. Azan itu adalah satu bentuk hidayah yang Allah SWT nak beri kepada kita semua. Tetapi sedikitpun mereka tidak peduli tentang hidayah Allah SWT ini walaupun 5 kali sehari azan ini sentiasa berkumandang apabila masuk waktu solat. Mereka boleh kata, mereka belum dapat hidayah. Nauzubillah..
Dalam sehari berapa ramai antara kita yang melihat orang lain yang menutup aurat ? Banyak kali, bahkan rakan baik kita, adik beradik kita, sanak saudara kita, ada yang menutup aurat mereka dengan sempurna. Itu juga merupakan hidayah dari Allah SWT agar kita muhasabah diri dan mula berubah untuk menutup aurat dengan sempurna. Malangnya, ada antara kita yang tidak sedar dan menyalahkan orang lain, sebab belum sampai seru lagi.
Sahabat-sahabat sekalian..
Berubah dan bertaubatlah sebelum maut menjengah kita. Tiada lagi ruang taubat kepada kita apabila sudah berada di alam kubur nanti. Walau seteruk manapun diri kita, yakinlah dalam hati kita sebenar masih ada ruang atau keinginan untuk berubah. Hati kita pasti teringin untuk bersolat, teringin untuk menutup aurat, teringin untuk membuat perkara-perkara kebaikan kerana FITRAH manusia sejak azali lagi. Kita tidak boleh menipu diri sendiri, tidak boleh menafikan yang hati memang teringin untuk berubah. Inipun pun merupakan satu tanda Allah SWT sudah beri hidayah kepada kita.
Jangan jadi ego, jangan jadi sombong, carilah hidayah Allah, terimalah hidayah Allah. Jangan ditolak, jangan diabaikan, sedikitpun kita tidak rugi. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT selagi kita bernyawa di atas bumi yang hanya tempat persinggahan sahaja. Akhirat yang abadi, menanti kita semua. Aamiin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan