Ahad, 21 Februari 2016

Memancing Laut Dalam

Panduan Asas Trip Laut Dalam


Image result for memancing laut dalam
Sedikit panduan dan nasihat tentang persediaan yang perlu bagi pemancing baru yg ingin pertama kalinya bertrip di laut dalam atau sudah pernah terlibat dalam trip seumpama tetapi belum benar-benar bersedia dan memahami syarat-syarat utamanya.

Berikut adalah persediaan asas diperlukan:

Kekili (reels):

Untuk Bottom:

Ada pelbagai pilihan, dari jenis 1 kelajuan (speed), dua kelajuan, dan kekili elektrik. Bagi yang baru, ada baiknya memilih kekili harga rendah dahulu, dari jenis 1 atau 2 kelajuan. Kekili yang disarankan yang walaupun amat murah tetapi terbukti kuat adalah seperti Tica ST - Harga sekitar RM420 dan Okuma Titus Gold - RM700. Kelebihan kekili ini ialah murah, kuat, ringan, dan laju dan tidak membebankan walaupun mengangkat batu ladung seberat 1 kilogram.

Untuk elektrik harganya agak mahal tetapi ada yg murah tetapi yg murah tak digalakkan kerana banyak masalah. Kekili elektrik yg disarankan adalah dari jenama terkemuka iaitu Daiwa dan Command. Bagaimanapun anda boleh juga mencuba kekili Banax Kaigen yang menjadi pilihan kerana kos murah tetap mencukupi untuk memancing di perairan Malaysia. Harga sekitr RM950.

Cuba elak beri reel berikut yg didapati amat bermasalah:

1. Daiwa Tanacom Bull 1000Fe (Biru Mudah) - selalu meter rosak.
2. Command CX5 - Selalu Jam
3. Shimano Electric Reel kecuali ZB - lemah dan perlahan, tiada kekuatan strike.

Command amat tak sesuai jika tidak biasa menggunakannya kerana ia melibatkan penggunaan butang. jadi kekili ini sepenuhnya automatik dan seringkali jika kita tersilap kita akan kehilangan ikan. Untuk menghadapi masalah ini sila rajin bertanya kepada yg biasa menggunakannya.

Joran:

Mesti sesuai dengan saiz dan kekuatan kekili dibeli. Klau kecil elok gunakan rod lebih ringan poundagenya, misalnya 24lb. Jika besar elok digunakan yang besar dan sepadan, mungkin sehingga 80lb. Tapi untuk minimum di Pulau Pinang sudah cukup guna kekuatan sederhana.

Saya rekomen beli  Ugly Stick, bengkok tau sangkut atau tarik macam mana sekalipun takkan patah, kecuali anda pemancing yang suka mematahkan rod. Ugly stick Tiger dipadankan dengan guide dan cincin Fuji sepenuhnya dan dijual dengan harga murah RM250-80. Warnanya tak cantik tapi lama-lama anda pasti berkena dengan perfomancenya yang luarbiasa. Saya tak galak anda membeli rod tertentu khususnya yang mempynyai hujung lembut tetapi pangkalnya keras dan tebal khususnya yg dibuat daripada graphite kerana ia mudah patah, antaranya ialah Maguro Blue Ocean dan Shimano Backbone. Rod ini kalau tersangkut besar kemungkinan 80% akan patah di hujung kerana ia keras dan dibuat daripada graphite. Nak yg utuh pastikan rod dibuat drp E-glass atau campurannya seperti yang ada pada Ugly Stcik Tiger (lihat pada hujung rod ada warna putih macam plastik)

Rod bottom custom made patut dielakkan kerana selalu patah jika tidak kena buatannya walaupun cantik dan nampak kuat. Jika patah anda mungkin tak dapat rod ganti kerana selalunya custom made tak ada warranty.

Untuk Jigging:

Digalakkan memakai kekili jenis mendatar (spinning) dan bukan menegak kerana di Pulau Pinang yang menegak (bentuk multiplier) susah dikendalikan dan tak sesuai digunakan untuk casting jig kecil, sebaliknya lebih sesuai untuk jigging jig besar 100gm ke atas. Bgaimananapun jika mahu juga mencuba, boleh gunakan kekili yg berharga sederna aseperti Torium, Ocea Jigger, Okuma Cedros dan Andros, tetapi mesti ingat joran yg sesuai untuk kekili menegak juga harus disediakan.

Kekili spinning selalunya lebih murah dan kurang masalah untuk mendapatinya kerana ia banyak di pasaran dengan pelbagai jenama. Ada yang murah seperti Tica Taurus, Penn Battle, Sargus, Fierce, Shimano Stradic dsbnya. Harga sekitar RM400-800. Tapi kekili Penn ini kelajuan tinggi tetapi amat berat dikarau, lebih sesuai dibeli jenis yg saiz kecil untuk casting bulu atau tenggiri sahaja. Yang paling direkomen untuk perfomance yg baik dan murah dan yg penting dengan kelajuan yang amat tinggi (utk reel kecil sahaja)iaitu 6.2.1 pilihan terbaik ialah Tica Taurus 3000H, dan jika ada wang baik memilih yang lebih gasak iaitu Twinpower 5000XG.

Joran:

Saya rekomen gunakan yang murah sahaja, tetapi kalau beli yang mahal lagi seronok, dia punya bengkok dan keringanan memang diakui. Yang murah seperti jenama Lemax; e.g. Firestorm, Slim Max, Shino Amberjack yang terdiri daripada rod campuran graphite dan e-glass manakala yang sederhana mahal ialah rod Shimano Jigwreck, Daiwa Saltiga, atau Shimano Jogbros yang baru keluar. Rod lemax adalah yang paling berbaloi kerana harganya murah sekitar RM100-300 dan elok dipilih jenis yg ada guide Fuji dan cincin FUji. Lemax banyak mengambil contoh rod mahal dan dibuat dengan persembahan yang cantik dan tahan lasak tapi ditawarkan harga rendah. Boleh dibeli di kedai-kedai TCE Tackle

PE sesuatu rod haruslah disesuaikan dengan sasaran. Saya sarankan  beli yang PE rendah dan lembut, iaitu PE1-3. Jogbros ada keluarkan PE yang lebih baik iaitu PE1.5-4 yng sesuai untuk menentang ikan pelbagai saiz kecik dan sederhana dan rod ini amatlah ringan dan cantik.

Harga rod tersebut sekitar brikut:

1. Shino Amberjack RM350
2. Lemax Stormfire RM130
3. Lemax Slimmax RM300-400
4. Shimano Jigwreck - sudah naik harga RM650-700
5. Daiwa Saltiga - RM300-450
6. Shimano Jogbros - RM600

Peralatan Lain:

Tali sulam:

Sediakan yg sesuai dengan perairan kita. Untuk bottom kalau mahu selamat dan tidak putus jika kena ikan kecil mahupun ikan besar ialah yang mempynyai kekuatan PE5/50LB ke atas. Paling ideal 60LB. warna disarankan hijau gelap (green moss) yg terdiri drp jenama Sufix dan Power Pro. tak digalakkan beli yang kurang tahan dan cepat mengembang seperti Xzorga dan Fireline. Harga tali sulam agak mahal tetapi berbaloi jika dibandingkan dengan tali mono kerana selain tali sulam agak senang memotong arus air yg boleh menyebabkan tali terapung, ia juga tidak mempunyai memori yg membolehkan ia tahan lama jika dijaga dengan baik. Anda boleh juga menggunakan tali PE yang berwarna warni untuk bottom tetapi tali ini walaupun lebih lasak tetapi harganya agak mahal di pasaran.

Tali jenis PE sebenarnya dibuat untuk aktiviti jigging/popping. Warna yang pelbagai adalah untuk memudahkan kita menanda ukuran kedalaman atau panjang tali dikeluarkan dan menentukan jarak tarikan ikan. Jika dibandingkan dengan bottom, tali berwarna warni untuk jigging tida akan menakutkan ikan jadi bolehlah anda membeli pelbagai warna mengikut kesukaan anda. Saya sarankan untuk merasai tarikan ikan, anda hanya menggunakan peralatan ringan dengan tali yang PEnya nipis dan smooth jika dilepaskan dan ini menyeronokkkan kerana kita lebih senang melepas dan mengarau tali dan kurang rasa tegangan. PE yang disarankan ialah sekadar PE30 sahaja dengan tali yang selalu saya pakai amat berkesan dan halus diameternya ialah tali SUFIX (kuning) harganya sekitar RM170 untuk panjang 300 meter. Jika guna PE yang tebal, jig akan terasa lambat jatuh dan terkeluar drp sasaran yg dituju dan masa diambil untuk jig jatuh ke dasar terasa begitu lama.

Jangan beli tali bottom untuk jigging kerana ia tidak diperbuat untuk tugas itu. Elok elakkan daripada membeli tali tanpa jenama kerana ia mungkin cepat putus. Elakkan juga membeli jenama PowerPro yg murah kerana ia tiruan dan walaupun murah sedikit tapi memang sah senang putus. Anda juga harus mengelakkan daripada membeli tali berwarna putih e.g spider dll atau yang berselang seli dengan warna putih kerana ia amat jelas kelihatan dalam air dan menakutkan ikan. Tapi jika mahu mencuba juga saya tidak mahu melarang. Sebelum ini saya dah test dan tali putih itu dah diberikan percuma sahaja kepada pemancing lain.


Perambut:

Sediakan perambut untuk bottom dan jigging. Perambut bottom elok sedikit tebal dan kekuatannya antara 50-60LB. Paling baik gunakan permbut Siam wara Biru yang dijual di Thai dengan harga RM3.00 segulung. Memang tahan dan cepat kena ikan. Lain-lain yang sesuai ialah perambut (elok berjenama) Asso, Sufix, Lemax, Seahawk Tali Hantu dll yang murah tetapi tahan lasak sama ada drp jenis flurokarbon atau tidak.

Jangan gunakan tali perambut berwarna, elok gunakan yang jernih atau berwarna biru sahaja yang kurang jelas dalam air. Panjang perambut untuk bottom di Pulau Pinang antara 2.5 depa hingga 4 depa bergantung kepada jarak pemancing atas bot dan kedudukan depan atau belakang serta jenis lubuk.

Perambut umumnya kita gunakan 2 jenis, iaitu perambut utama dan perambut bercabang. Perambut utama selalunya lebih tebal dan diikat bersama cili pada tetanduk besi, hujungnya disediakan satu lagi cili (bentuk 8) untuk mengikat perambut kedua. Perambut bercabang sesuai untuk umpan ikan potong dan digunakan untuk ikan jenahak atau ikan karang, tetapi jika memancing ikan lebih besar elok digunakan perambut kedua jenis selari dengan dua mata kail diikatkan. Perihal perambut susah nak diterangkan kecuali semasa anda berada di atas bot.

Perambut jigging boleh guna yang lebih nipis sekitar 30-40LB untuk light jigging dan 50-60Lb untuk medium light jigging yg biasa di Pulau pinang. panjang perambut jigging adalah sekita 3-4 depa dan penggunaan perambut penting kerana kadangkala anda tidak pasti ikan jenis apa menerkam jig dan bila pula jig yg dikarau sampai ke permukaan air. Ikatan sesuai untuk sambung antara tali sulam dengan perambut mono shockleader ialah ikatan FG knot.

Perbincangan selepas ini khusus utk pancingan dasar shj..

Mata Kail:

Mata Kail juga amat penting jika memancing di laut dalam. Sesiapa yg tiada mata kail memang boleh dianggap sebagai HANTU BONCENG kerana ia akan sentiasa perlu meminjam dan meminta mata kail orang lain walaupun yg kecil saiznya tetapi kini amat mahal di pasaran, kadangkala boleh mencecah sehingga RM 5 seketul.

Jadi belilah sendiri dan sentiasa bawa mata kail dan letakkan dalam kotak pancing yg mempunyai banyak compartment. Kotak yang banyak ruang untuk mata kail bertujuan untuk kita isikan dengan pelbagai saiz mata kail, dari saiz2-3 untuk ikan kecil dan jenahak hingga saiz sebesar 5-7 untuk ikan besar dan 7-10 untuk kerapu menggunakan umpan ikan tongkol seekor atau kerisi seekor.

Mata kail yang disarankan jenis Gamakatsu dan Mustad, tetapi jika mahu yang murah boleh beli jenis Daichi cuma Daichi tak tahan karat dan jika terkena air, hanya boleh digunakan sekali sahaja. Saya jadikan mata kail ini untuk kegunaan pancingan dasar, tetapi sebenarnya mata kail pancingan dasar boleh juga digunakan untuk acara jigging. Ini kena belajar atas bot nanti.

Tanduk:

Tanduk berfungsi untuk menghalang tali perabut dan umpan daripada 'panjat pokok' dan terbelit kepada tali sulam menyebabkan kita menunggu ikan maka sedangkan ikan pasti tidak berminat kepada umpan yg terbelit pada tali. Ini bermakna tanduk amat penting sebagai sebahagian daripada aksesori lengkap peralatan pancing dan semasa memancing. Biasanya tanduk mempunyai pelbagai jenis dan ragam, ada diperbuat daripada besi dan ada diperbuat daripada tanduk yang betul!

Yangg pasti kita mesti beli tanduk sesuai dengan lubuk dan keadaan air. Jika lubuk dalam dan keadaan air itu laju, mungkin tanduk pendek sudah memadai, kerana tak ramai sukakan tanduk yang panjang sedepa. Tapi jika arus mati dan lubuk pula dalam, maka tanduk yg panjang digalakkan seafdalnya separuh depa. Ini bertujuan mengelakkan air mati mendorong kes-kes 'umpan panjat pokok' terutamanya jika kita melepaskan tali utama dengan kadar yang begitu cepat. Saya sarankan alang-alang kita beli terus tanduk panjang kerana tanduk panjang boleh digunakan pada bila-biula masa dan di mana sahaja tanpa sebarang masalah ketika arus laju atau mati.

Batu ladung:

Batu ladung ada pelbagai berat,  berat yg selalu digunakan dan yg menjelaskan waktu ikan makan ialah apabila size 24/720/sekilogram digunakan. Ini kerana arus air laut kadangkala memang laju dan waktu terbaik memancing ialah ketika air sederhana di mana diperlukan batu 24 digunakan dalam keadaan pancingan.

Kadangkala batu kecil diperlukan ketika arus mati dan batu yang lebih berat diperlukan ketika arus yang betul, jadi pelbagaikan saiz batu apabila membeli. Anda bolehlah sediakan banyak batu saiz 24 iaitu sekitar 5 biji, manakala sediakan juga paling minimun seketui batu saiz 32/820 dan pbatu saiz 12 dan 18. Kadangkala semasa trip kita berhenti untuk memancing ikan umpan jadi batu yang mungkin jauh lebih kecil akan disediakan.

Selain di atas, sediakan juga beberapa perkara berikut:

1. Cili-cili dua jenis iaitu bentuk 8 dan cili yang ada butang boleh buka dan tutup. Keduanya perlu ada dalam pelbagai size, dari g sekecilnya untuk main bulu dan spiner tenggiri hingga kepada saiz dan poundage yang besar dan kasar untuk menentang kerapu besar, anda boleh bertanya kepada tuan kedai jika tak pasti mana yg perlu. Jenama sekarang ini tak penting tetapi perlu dilihat kepada kekuatan cili tersebut. Belilah dalam beberapa paket mengikut jenis dan kekuatannya yang berbeza untuk tujuan berbeza.

2. Tali pengikat joran/kekili juga perlu untuk ikat rod dan kekili supaya jika jatuh tak terus kita berputih mata. Sediakan tali pukat (putih) yang sederhana kasar dalam dua depa.

3. Pisau untuk memotong umpan. Jangan meminjam kerana ia menyebabkan susah tuan punya pisau tercari-cari untuk menggunakannya. Pisau fillet ygt tajam dan berjenama Rapala ada dijual murah dikedai Adam dengan harga RM20 sahaja, boleh pesan dr saya. Pisau ini penting untuk memotong umpan ikan jika memancing menggunakan hirisan ikan atau sotong.

4. Loceng untuk digunakan ketika waktu malam supaya kita tak perlu sentiasa perhatikan joran sepanjang masa di atas bot untuk melihat kalau-kalau ikan sudah meragut umpan, kerana ini mempercepatkan proses mabuk kita dan masuk angin. Letakkan loceng di hujung rod yang akan berbunyi sebaik sahaja ikan meragut umpan, tetapi elok dimodified agar loceng tadi tidak terus dikepit pada badan rod yang boleh melukakan rod yang mendorong ia cepat patah. Paling tidak elok di alaskan badan rod dengan pelekat wayar (hitam) dahulu sebelum disangkutkan loceng.Jika berminat, and a boleh memesan loceng jenis sesungut yang saya buat sendiri di rumah atau anda boleh belajar membuatnya sendiri krn ia amat senang.

5. Spinner tenggiri - perlu beli atau modified dan bawak yang siap untuk casting tenggiri jika ia dah masuk

6. Gewang untuk trolling, akan drift jika ada GT

7. Dawai sebagai perambut untuk ikan Siakap Merah atau Gt atau Alu-Alu dan untuk tujuan trolling.

8. Candat sotong jenis Yozuri atau Yamashita, warna putih kelabu atau pink seberat paling baik 2.5-3.0 (batu pemberat candat). Boleh juga gunakan candat mayat kerana sotong kadang kala berminat kepada candat tersebut.

9. Topi untuk menahan cahaya matahari

10. Cermin mata hitam untuk menahan sinar matahari.

11.Akhir sekali tetapi bukan akhirnya ialah anda juga kena sediakan Life jacket. Semua org tahu apa kepentingannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...