Selasa, 16 Februari 2016

Harimau Terperangkap Di Dalam Jerat

Harimau Terjerat Dalam Jerat Babi




Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) hari ini telah berjaya menyelamatkan seekor harimau yang terperangkap pada jerat babi, yang dipasang berhampiran perkampungan Orang Asli di batu 10, Jalan Tapah petang tadi.

Menurut Pengarah PERHILITAAN Negeri Perak, Rozidan Mohd Yassin, harimau jantan yang dianggarkan berusia 7-14 tahun dengan berat kira-kira 170 kilogram itu telah dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan Sungkai kira-kira jam 2 petang tadi.

"Daripada maklumat yang diterima, harimau jantan ini terperangkap pada jerat yang dipasang masyarakat Orang Asli untuk menangkap babi hutan petang semalam

"Operasi memindahkan harimau jantan itu bermula jam 8 pagi tadi dan pelali berjaya ditembak pada jam 9.40 pagi bagi membolehkan haiwan itu dipindahkan dengan selamat," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...