Tips Menjaga Gear Automatik Kereta
Atas pengalaman dan bakal pengalaman penulis bagi penggunaan
gear auto.Antara cara-caranya adalah:
a) Periksa tahap dan keadaan Automatic Transmission
Fluid(ATF) dengan kerap. Pastikan ia berada pada tahap yang sepatutnya.
Kekurangan ATF dalam sistem akan menyebabkan kotak gear anda rosak dengan
cepat. Jika didapati keadaan ATF tersebut sudah kotor dan kehitaman, anda
disarankan untuk menukarnya walaupun belum sampai tempoh masa yang sebenar.
Rujuk buku manual pemandu yang dibekalkan untuk cara-cara memeriksa ATF dengan
betul dan pemilihan ATF yang sesuai untuk kereta anda
b) Periksa juga sistem penyejukan enjin dengan kerap.
Ini kerana ATF ada laluannya tersendiri pada radiator untuk mengekalkan
suhu bekerjanya. Dikhuatiri jika ada kebocoran pada laluan ini dan
menyebabkanair dan coolant daripada sistem penyejukan menyelinap masuk ke
kotak gear.
c) Periksa pada tempat letak kereta anda di rumah, pastikan tiada ATF yang meleleh ke permukaan tempat letak kereta tersebut. Jika ada, hantar segera kereta anda ke pusat servis bertauliah untuk mengesan kebocoran tersebut.
d) Jika kereta anda dilengkapi dengan paddle shift, elakkan daripada memperlahankan kereta dengan engine breaking iaitu dengan hanya menurunkan gear tanpa menggunakan brek. Jika anda melakukannya dengan kerap, ia akan mempercepatkan kehausan pada lapisan klac dan band di dalam kotak gear anda.
e) Jangan biarkan kereta diletakkan dengan hanya menggunakan
posisi ‘D’. tanpa menggunakan brek tangan. Ini kerana ia akan memberikan
tekanan yang lebih pada parking spring rod di dalam kotak gear dan mungkin
boleh menyebabkan ia boleh patah.
f) Setelah anda mengundur, pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum menukar gear ke posisi ‘D’. Ini juga akan melambatkan proses kehausan pada lapisan klac-klac dalam kotak gear anda.
g) Jika kereta anda perlu ditunda, jangan dibiarkan tayar yang dipacu kotak gear berada pada permukaan jalan. Maksudnya, jika kereta anda pacuan hadapan, tunda kereta dari bahagian hadapan dan biar tayar belakang yang menyentuh permukaan belakang. Jika kereta anda adalah pacuan empat roda, adalah dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan trak tunda jenis flat bed yang boleh mengangkat terus kereta anda ke atas trak.
h) Jika anda terperangkap di dalam lecak, elakkan untuk mencuba keluar dengan memandu sendiri. Ini akan menyebabkan kepanasan melampau pada kotak gear dan akan merosakkan kebanyakan komponen dalaman.
i) Ketika menghidupkan kereta pada waktu pagi dan sejuk, kelajuan pepura enjin akan sedikit tinggi untuk kerana rich mixture yang dibekalkan untuk enjin agar ia mudah hidup dan tidak mati ketika belum cukup panas. Kelajuan pepura yang tinggi ini dinamakan fast idle. Elakkan dari memandu ketika fast idle ini dan tunggu sehingga enjin betul-betul panas. Ini kerana ketika ini penukaran gear akan berlaku dengan lebih kasar serta ATF belum mencapai suhu bekerjanya dan boleh menyebabkan pelbagai kerosakan dalaman dalam tempoh jangka masa panjang.
j) Pastikan enjin kereta anda sentiasa berada pada tahap talaan yang sempurna. Ini kerana beberapa simptom talaan enjin yang tidak sempurna seperti ‘jerking’ adalah sama seperti simptom awalan kerosakan sistem transmisi automatik. Jika talaan enjin dijaga sempurna, simptom awal kerosakan kotak gear dapat dikesan dan mungkin dapat dicegah dari menjadi lebih teruk.
Jadi sila periksa enjin anda kerana kenderaan anda adalah
usaha anda. Semoga berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan