Saya Bahagia Dengan Nina - Noh Hujan
Lima tahun mendirikan
rumah tangga, Noh Salleh dan pasangan Mizz Nina tidak berhenti diasak dengan
soalan berkaitan cahaya mata. Namun, pasangan ini tidak pernah merasa tertekan
dan semakin hari semakin bahagia bersama.
Alhamdullillah,
walaupun belum dikurniakan zuriat, kehidupan saya dan Nina tetap bahagia. Saya
tidak mahu mengambil pusing tentang pendapat orang mengenai kehidupan kami.
Noh juga memberitahu, mereka sudah mencuba pelbagi alternatif
untuk mendapat zuriat sejak beberapa tahun lepas, cuma belum ada rezeki untuk
bergelar ibu dan bapa.
Sebenarnya, kami sudah
cuba bermacam-macam kaedah untuk tujuan itu tetapi belum ada rezeki untuk
timang anak setakat ini. Saya yakin dengan perancangan Tuhan, Dia lebih tahu
segalanya.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin mendapatkan anak.
Namun, ada yang cepat dan ada yang lambat. Teruskan istiqamah dan
berusaha serta memohon doa kepada Allah SWT untuk dikurniakan rezeki.
Peduli apa cacian masyarakat, kita yang mencorakkan kehidupan kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan