Ahad, 28 Februari 2016

Tips Asas Servis Kereta Yang WAJIB Tahu.

24 Tips Asas Servis Kereta WAJIB Tahu



Berikut adalah perkara-perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan:

Minyak hitam.
 Minyak hitam yang bukan sintetik – setiap 5,000 km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalau yang sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.

Filter
 Sama seperti minyak enjin. Minyak biasa – 5000 km. Minyak Synthetic – 7500 km hingga 10000 km. Dalam erti kata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter).

Spark plug.
20,000 km ikut jadual buku servis berkala! Tapi boleh pakai sampai 30k-40k. Benda ni bukan kritikal sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, electrode pun dah nipis, elok tukar. Harga sekitar RM20-25 untuk 4 biji.

Bateri kereta
 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan. Kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering, 6 bulan pun bateri boleh kong! Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena banding dengan NS50 dari jenama yang lagi satu! Kalau kancil, biasanya pakai NS40 atau NS40L.


Timing belt
 60,000 km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt biasanya ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, sampai 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun.

Clutch plat
 Clutch plate ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ini perkara yang susah nak diterangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

Fuel Filter
 Tukar sekitar 40,000 km sekali. Murah, sekitar RM15-20.

Air Filter atau Penapis Udara
Yang ini di tukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah ditukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

ATF (Automatic Transmission Fluid)
 Minyak ini memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual ada disebut setiap 20,000 km kena tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar. Jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yang besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yang disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 liter. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar yang biasa sahaja , yang budget kurang dari RM100, ikut saiz kereta anda.

Gear Oil
 Untuk mereka yang pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh tukar 60,000 km sekali.

Brake Fluid dan Power Steering Fluid
 Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

Radiator Coolant
Sebotol RM8-RM15. Selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator warna clear je.. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

Air-Cond Belt/ Alternator Belt
 Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ini. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti sama ada perlu ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ini letaknya diluar dan mudah dilihat. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus, maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa ”3 bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelenggaraan atau “preventive maintenance”.

Preventive maintenance
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran. Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

Minyak gear manual
Ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.
Flush. Kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling atau RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km (Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Gigi masih elok – tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Katalah kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena buka timing belt. Jadi, kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

Spark plug
Setiap 20,000 km. Atau selagi plastik kat tengah tu masih putih dan tiada kesan terbakar. Jadi, kena periksa spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work juga.

Head gasket
Tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Ia dipanggil  top-overhaul.

Top overhaul
Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada juga yang 7-80,000 km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab penggunaan yang lasak.

Brake pad
Tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake – pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan, sebab biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

Camshaft
Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 60,000 km - 90,000 km.

Semoga bermanfaat untuk semua pemilik kereta.

Pembuatan Baja Kulit Telur

PANDUAN MEMBUAT BAJA KULIT TELUR (BERGAMBAR)




Kali ini kita berkongsi sedikit tentang panduan menyediakan baja organik kulit telur. Maka dengan itu jangan dibuang kulit telur tersebut tetapi kumpulkan ia sehingga banyak barulah diproses. Kulit telur mempunyai 96% kalsium karbonat (CaCO3), apabila digunakan sebagai baja ia menguatkan struktur selular dan membawa nutrient ke seluruhan pokoknya. Ikuti langkah-langkah di bawah:



Sediakan kulit telur yang anda telah kumpul selama ini. Anda boleh menggunakan telur ayam, telur puyuh, telur itik dan lain-lain.


Jemur kulit telur tersebut di bawah sinaran matahari terik sehingga rapuh.



Selepas kulit telur rapuh dan kering ambil untuk proses seterusnya. Sediakan alat seperti di atas iaitu lesung batu dan pengisar.


Masukkan kulit telur ke dalam lesung batu secukupnya. Jangan letak kulit telur terlalu banyak.


Tumbuk hingga menjadi separa serbuk. Tidak perlu ditumbuk halus. Tambah semula kulit telur ke dalam lesung dan tumbuk lagi.


Setelah selesai, kulit telur separa hancur itu pindahkan ke bekas pengisar khas untuk bahan kering.


Langkah seterusnya ialah kisar kulit tersebut hingga benar-benar hancur.


Inilah hasilnya, kulit telur yang dihancurkan bolehlah ditabur di atas permukaan pasu atau di sekeliling pangkal pokok pada batas anda.

Cara guna ialah ambil sesudu teh dan tabur disekeliling pangkal pokok pada batas atau pasu dengan syarat tanah perlu digembur terlebih dahulu dan siram dengan air secukupnya. Ia sama fungsi dengan kapur pertanian dan dolomit.

Tips:

1. Terlebih dahulu cuci kulit telur tersebut sebelum dikeringkan.

2. Anda boleh terus mengisar kulit telur tersebut tanpa menumbuknya di lesung batu. Pengisar jenis model lama tidak mampu untuk mengisar terus jika kulit telur tersebut tidak dipecahkan terlebih dahulu.

3. Anda juga boleh stimkan telur tersebut selama 10 hingga 15 minit sebelum dikeringkan di bawah cahaya matahari.

4. Kulit telur sangat digemari oleh bunga ros, pokok tomato dan lada besar.

5. Jangan mengisar kulit telur yang tidak rapuh, baja kulit telur anda akan melekit disebabkan selaput putih pada lapisan dalam belum kering. Ini mengurangkan kualiti telur jika disimpan di dalam bekas nanti. 

Selamat bertani dan menuai hasil.


Sabtu, 27 Februari 2016

Panduan Membuat Baja ( Booster Roti )

Panduan Menyediakan Baja ( Booster ) Roti



Hari ini saya  ingin berkongsi satu lagi jenis baja cecair yang boleh dibuat sendiri di rumah. Baja booster untuk segala tanaman dari sayuran, herba, buah-buahan dan bunga-bungaan. Bahan-bahan asas pun mudah diperolehi dari dapur anda. 

Banyak jenis baja booster yang boleh diperolehi di pasaran sama ada dalam botol kecil atau dalam gelen bersaiz besar di mana berfungsi untuk menambah kesuburan dan kualiti tanaman anda. Selain menggunakan baja jenis felet atau bebola kecil kita juga boleh mempelbagaikan penggunaan baja untuk keputusan yang maksimum, contohnya baja booster buatan sendiri. Lagipula ianya jimat dan senang dibuat. Booster baja mudah diserap oleh daun yang disembur padanya menyebabkan daun tanaman lebih hijau, lebar dan sihat. Berikut adalah panduan dan langkah-langkah membuat booster dari roti (bread):

Alatan yang diperlukan:



1. Botol mineral 1.5 liter
2. Alat penapis  (diguna selepas seminggu penjerukkan bahan)
3. Botol mineral 1.5 liter yang baru atau bekas yang sesuai.
4. Bekas spray atau alat penyembur.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Sekeping roti Gardenia (atau apa-apa jenama).
2. 200 gram gula perang/gula merah/mollusa.
3. Tiga sudu besar susu segar (pilihan).
4. Air tanpa-klorin 1.4 liter

Cara penyediaannya booster roti:

1. Sediakan air bersih tanpa klorin, guna air hujan atau air kolam. Namun jika menggunakan air paip berklorin, pastikan direhatkan air tersebut dalam baldi selama dua hari pada cahaya matahari atau ditempat terbuka barulah digunakan.

2. Carik-carikkan roti pada cebisan kecil dan dimasukkan ke dalam botol yang disediakan.

3. Tuang susu segar ke dalam botol.

4. Masukkan gula perang ke dalamnya sehingga selesai.

5. Seterusnya tambah jumlah air ke dalam botol tetapi jangan terlalu penuh. Tinggalkan ruang kira-kira 2 inci untuk ruang udara dan gas.

6. Tutup botol dan goncang botol tersebut seketika dan simpan di tempat selamat untuk penjerukan selama 7 hari.

7. Setiap 2 atau 3 hari diminta untuk membuka penutupnya agar gas dapat dibebaskan. Apabila gas terkumpul dengan banyaknya di dalam botol menyebabkan berlaku letupan dan juga mengalami masalah pada masa  membuka tutup botol pada hari ke-7.

8. Anda boleh mengelak masalah ini dengan menebuk penutup botol ditengahnya untuk membebaskan gas yang dihasilkan.

9. Selepas 7 hari, booster roti anda sudah selesai. Tapis booster roti anda untuk mengasingkan sisa roti yang tidak hancur dan simpan booster roti anda dalam bekas yang lain. Dengan ini anda sudah boleh menggunakan booster anda untuk tanaman anda.



Cara penggunaannya ada dua cara pertama ialah masukkan 1 tutup botol booster roti dengan 100 ml air, kacau seketika. Cara kedua, tidak perlu tambah air atau apa-apa. Masukkan ke dalam bekas spray atau alat penyembur dan semburlah pada tanaman anda secara merata dan keseluruhan pokok, daun, batang, ranting dan pangkal pokoknya. Boleh disembur pada setiap hari, sekali dalam 2 hari sekali dalam 4 hari atau seminggu sekali. Terpulang pada anda mana masa yang sesuai untuk anda.

Penyemburan harus dilakukan pada waktu pagi atau waktu petang agar dapat mengurangkan masalah sampingan yang mungkin dihadapi pada tanaman anda. Jika hujan berlaku, sembur semula tanaman anda untuk keputusan yang memuaskan. 

Resepi asal baja booster roti tidak menggunakan susu segar dan gula perang hanya sekeping roti dan 1.5 liter air tanpa klorin peram 4 hingga 7 hari. Ada yang berpendapat bahawa booster baja roti tidak perlu ditambah lagi dengan air cuma sembur atau siram pada tanaman, saya menambah susu segar dan gula untuk menambah lagi kualiti booster tersebut untuk tanaman . Cubalah resepi baja booster roti ini, anda akan tahu hasilnya yang amat membanggakan.

Selamat bertani dan menuai hasil. 


Tips Penjagaan Bateri Kereta


Tips Penjagaan Bateri Kereta




Tips penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu bateri kereta. Untuk menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum.
Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya.
Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.
Jenis Bateri Kereta.Terdapat dua jenis bateri kereta yang digunakan, iaitu:

1. Bateri basah.
2. Bateri kering

Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri. Pastikan ia berada pada paras yang normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri.
Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering.

Manakala bateri kering (atau maintenance-free battery) pula berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.
Cara Menjaga Bateri Kereta

Pemilik kenderaan yang bijak adalah mereka yang tahu bagaimana untuk menjaga bateri kereta dengan baik. Jangka masa untuk melihat keupayaan bateri ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja sebelum kita memulakan perjalanan.Dengan melaburkan masa 5 minit, ia mampu menyelamatkan kenderaan kita sepanjang perjalanan.
Berikut adalah 3 cara menjaga bateri kereta.

#1 – Seminggu Sekali

Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal.
Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Kerana limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain. Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.

#2 – Buang Debu Putih



Debu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya.Cara untuk bersihkan adalah menerusi

1. Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
2. Satu sudu teh serbuk.
3. Satu cawan air.

Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih. Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.

#3 – Sentiasa Periksa Bateri

Seelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu.Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan.

Semoga perkongsian mengenai tip penjagaan kereta kali ini membantu para pembaca.
Mohon sebarkan artikel ini untuk manfaat rakan-rakan kita yang memiliki kereta.


Cara Penjagaan Kekili

Tips Penjagaan kekili






Berjumpa sekali lagi dalam tips-tips yang berkaitan dengan penjagaan peralatan memancing. Untuk kali ini, kita akan menceritakan tentang penjagaan kekili sebelum dan selepas menjalankan aktiviti pancingan. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

  • ·         Jangan sesekali meletakkan kekili anda di atas tanah berpasir kerana bearing boleh rosak jika dimasuki pasir halus.

  • ·         Jangan biarkan kekili anda berjemur terlalu lama dibawah terik mataharikerana ia boleh menyebabkan keretakan pada bahagian kekili yang diperbuat dari plastik.


  • ·         Sebaiknya gunalah kekili yang sepadan dengan padang pancing. Sebagai contoh jika memancing di laut, gunalah kekili khusus untuk kegunaan air masin.

  • ·         Selepas memancing di air masin, bilas segera kekili anda dengan air tawarbagi mengelakkan pembentukan garam pada spool. Jika rajin, keluarkan tali dari spool agar dapat mencuci diseluruh bahagian.

  • ·         Sebaiknya juga gunalah siri kekili dengan saiz ikan yang dipancing.Semakin besar ikan yang dipancing, semakin besarlah siri kekili yang digunakan.

  • ·         Sentiasa lancarkan pusingan gear dengan menggunakan minyak gelincir.Begitu juga pada bearing dan pengayuh.

  • ·         Gunakan peralatan membersihkan kekili yang terdapat di kedai menjual peralatan pancing agar memudahkan kerja pembersihan kekili anda.


  • ·         Jika kurang mahir, sebaiknya menghantar kekili ke kedai pancing untuk diservis agar kekili tidak bertambah rosak.

  • ·         Sebaiknya simpan kekili didalam kain sarung atau beg bila tidak digunakan atau setiap kali nak dibawa memancing agar tidak calar atau patah.


  • ·         Mengendalikan kekili dengan baik ketika bertarung dengan ikan. Belajarlahteknik dan cara bagi memanjangkan jangka hayatnya.



Khamis, 25 Februari 2016

Keli Berwarna Keemasan Ditangkap Di Tasik Kenyir

Lelaki Dakwa Berjaya Tangkap Ikan Keli Berwarna Keemasan Di Tasik Kenyir
 

Seorang lelaki semalam melalui laman facebooknya mendakwa telah berjaya menangkap seekor ikan keli bewarna keemasan di kawasan Tasik kenyir, Terengganu.

Lelaki berkenaan yang menggunakan nama Facebook Mie Lawit telah menangkap ikan keli berkenaan petang semalam(24/2) kira-kira jam 6 petang.

"Rezeki yang tidak di duga, saya tidak pernah tengok sebelum ini," katanya.

Gambar-gambar yang dimuatnaik beliau itu kini menjadi viral di laman sosial.




Namun ini bukanlah kali pertama ikan keli bewarna keemasan ini ditemui di Malaysia, ikan jenis yang sama telah berjaya ditangkap oleh seorang lelaki bernama Apai Rickey di Saratok Sarawak pada November 2014 lalu.




Ikan keli berkenaan telah terperangkap di dalam bubu miliknya yang diletakkan di belakang rumahnya iaitu Rumah panjang Buchai, Kecoh, 30 kilometer dari pekan Saratok.

Berdasarkan carian kami, ikan keli bewarna keemasan ini adalah ikan keli jenis Keli Limbat dari keluarga Clariidae yang juga merupakan spesies ikan yang amat jarang dijumpa di Malaysia.

Ada sesetangah pihak mengatakan ikan keli jenis Limbat ini sudah pupus namun beberapa penemuan yang berlaku ini membuktikan spesies keli Limbat ini masih wujud.

Spesies ini mendiami kawasan-kawasan sungai, alur air dan paya. Diet utama ikan ini ialah anak ikan, serangga, udang dan ianya juga turut dikenali sebagai spesies yang memakan bangkai.

Umpan Popular Kaki Pancing

10 Umpan Paling Popular Kaki Pancing


Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada kail (di bubuh pada perangkap dan lain-lain) untuk memikat atau menangkap ikan. Tidak ada masa atau penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan.

Lain padang lain belalangnya, kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu.. Kalau nak jerat ikan haruan tapi guna gewang macamana la cara nya plak tu kan.. tak gena gaya sungguh..!! Apa yang pasti pelbagai jenis umpan di gunakan untuk memikat ikan supaya sangkut pada kail joran..!!  Jadi nak tau Umpan mana yang menjadi favourite dalam pancingan kaki  pancing, Jom kita terjah dan selongkar..!!

10 - Belalang


Satu lagi umpan semulajadi yang akrab dengan padang pancing di kampung-kampung terutamanya
kawasan bendang. Lokasi terbaik ingin mencarinya adalah di kawasan pokok-pokok keladi dan rumput di tepian parit sungai atau kawasan padang ragut. Umpan ini juga dianggap salah satu ‘set lengkap’ pembelajaran pemancing kanak-kanak sebelum dia menginjak alam dewasa.
Ikan target: Semua jenis ikan ‘darat’ atau ikan sawah.
Cara digunakan: Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.

9 - Biji Kelapa Sawit


Umpan yang sinonim untuk pancingan kelah bersaiz besar. Paling terbaik, cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak  atau sawit yang direndam 4-5 hari  sehingga mengeluarkan aroma bau tengik. Tetapi bukan mudah senang untuk menewaskan  kelah, kerana ia perlu dirasuah (dipanggil untuk berkumpul pada datu lokasi) terlebih dahulu di satu lokasi, selain memancingnya dalam persekitaran yang senyap dan penuh penyamaran.
Ikan target: Kelah.
Cara digunakan: Cangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit. Pastikan mata kail dibenamkan
pada bahagian ‘buntut’ sawit.
Lokasi sesuai: Sungai, hulu sungai, tasik yang bersambung dengan sungai.

8 - Gewang


Umpan tiruan paling popular masa kini & seluruh dunia dan sangat kompleks kisahnya. Secara amnnya ia boleh di bahagi kepada dua jenis, hard lure & soft lure. Manakala  yang lain untuk laut adalah jig. Ia adalah umpan yang hampir menyerupai bentuk ikan dan juga diet ikan yang lain seperti belalang, cacing, cengkerik,
lipan dan juga item yang akan memperdayakan ikan seperti spoon, kekipas. Sepasang mata kail atau tunggal yang terletak di sebalik badan gewang atau terlindung adalah senjata untuk mengenakannya. Bentuk yang lain seperti popper pula, digunakan sebagai medium untuk membangkitkan rasa ingin tahu ikan menerusi bunyi, kocakan air yang dihasilkan, mengejutkan dan juga menimbulkan rasa amarah ikan terhadap objek yang menganggunya. 
Ikan target: Semua ikan jenis pemangsa.
Cara digunakan: Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia
juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing.
Lokasi sesuai: Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia kaedah ini boleh digunakan. 

7 - Katak


Umpan terbaik cara tradisional untuk menangkap spesies kepala ular. 
Ikan target: Haruan, bujuk, toman bunga.Cara digunakan: Cangkukkan mata pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip untuk mengepit mulut katak. Gunakan klib tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut. Cara permainan sama ada baling tarik atau mengunjunnya di celahan pokok.
Lokasi sesuai: Celah rumpaiar, tali air bendang, paya.

6 - Sotong



Umpan sotong memang popular dan mudah digunakan. Cara pengendalian yang mudah dan cepat merupakan satu sebab mengapa umpan sotong menjadi pilihan pemancing. Daging sotong yang liat juga sukar untuk tercabut dari mata pancing ketika disambar ikan. Umpan yang dipotong perlulah bersesuaian dengan saiz mata kail yang hendak digunakan. Potong memanjang serta asingkan bahagian kepala dan badan sotong ke dalam bekas yang berbeza. 

5 - Udang



Umpan paling popular selain anak ikan belanak jika memancing di kolam air masin. Ia juga dianggap umpan favourite bagi semua jenis ikan. Spesies demersal di laut juga tidak sesekali akan menolak jika terjumpa umpan ini. Udang sungai gantung pula sesuai umpan untuk menaikkan apa sahaja ikan yang yang mendiami lokasi berkenaan, khususnya sungai pergunungan dan juga tasik. Cuma mata kail perlu di cangkuk  dengan betul, kerana udang mudah mati dan mudah hancur digetu oleh spesies pengacau seperti ketam atau buntal. 
Ikan target: Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar).
Cara digunakan: Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing .
pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan.
Lokasi sesuai: Kolam air masin, muara, laut, sungai. 

4 - Umpun Umpun


Umpan ini adalah umpan  dominan untuk spesies yang tinggl di habitat berlumpur dan kawasan muara. Di negara ini, terdapat tiga jenis umpunumpun yang dikenalpasti iaitu umpun-umpun pasir, jangkau
dan merah.
Ikan target: Seperti sembilang, gelama dan juga udang galah. 
Cara digunakan: Cangkukkan sahaja pada mata kail. Sama seperti menggunakan cacing. Untuk
umpun-umpun sarang, ia harus di potong bermula dari bahagian ekor, kerana ia mampu hidup tahan
lama, asalkan lumpurnya lembab. Jika pancingan muara atau pantai, bergantung kepada pasang surut
air dan tidak ada masa tertentu jika anda berhasrat menggunakannya untu memancing udang galah.
Lokasi sesuai: Muara, sungai, kolam udang. 

3 - Telur Kerengga


Umpan ini adalah terbaik untuk menjerat puyu, tanyalah orang tua di ceruk mana sekalipun, memang telur kerengga adalah umpan legend untuk menjinakkan ikan yang memiliki ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan.
Ikan target: Puyu, sepat, haruan. 
Cara digunakan: Telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar. Ada juga yang merebusnya. Untuk memancing, cangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing, pasti pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama.
Andai mahu lebih feeling, boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan.
Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi. 

2 - Cengkerik



Umpan ini lebih kurang sama sahaja seperti umpan belalang. Bezanya ia begitu mudah diperolehi di
kedai-kedai akuarium dan murah sahaja harganya. 
Ikan target: Cangkukkan pada mata kail. Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak. Cuma untuk memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau. 

1 - Cacing


Dianggap umpan paling universal bagi semua jenis ikan air tawar. Ikan yang mendiami kawasan sawah padi, sungai seperti puyu, keli, haruan, tengas, lampam, sia, terbul, susur batang tidak akan menolak jika cacing digunakan sebagai umpan.
Ikan target: Hampir semua jenis ikan

Cara digunakan: Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau
banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bilabila masa.
Lokasi sesuai: Parit, sungai, terusan sawah padi.

Tips Kenali Minyak Enjin



Kenali Minyak Enjin  :

 

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut. 
Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik

Kebiasaannya standard statement dari pengeluar, tukar minyak hitam pada setiap 5000KM ataupun setiap 3 bulan, ataupun mana2 yg tiba dahulu. Kaedah ini adalah utk menjaga lebih baik kesihatan enjin kereta saudara. 

Untuk jenis Fully Sintetik, tidak sarankan kepada pengguna kenderaan biasa. Fully Sintetik elok digunakan bagi kereta yg sering bergerak, seperti cth teksi yg sering bergerak dan teksi juga ingin lama menggunakan minyak hitam jika tidak membazirlah teksi dlm menukar minyak hitam selalu yg semestinya 5000km akan capai dahulu sentiasa. Dan fully sentetik juga digunakan bagi kereta lumba, kerana kelikatannya pada suhu tinggi yg tinggi, seperti contoh gred fully sintetik adalah 10W60



Soalan yang berkaitan minyak hitam : 

Apakah fungsi minyak pelincir?

Minyak pelincir melicinkan bahagian enjin untuk mengurangkan geseran, supaya ia boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik perlindungan dan prestasinya. 

Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?

Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum. 

Apakah perbezaan antara minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik?

Minyak pelincir mineral diperoleh dari minyak mentah petroleum yang ditapis. Minyak pelincir sintetik prestasi tinggi telah melalui rawatan kimia yang kompleks dan menyebabkan ia mempunyai ciri-ciri fizikal dan kimia yang kuat. Dengan mengeksploitasikan ciri-ciri yang unggul ini, enjin boleh dilindungi dengan lebih baik.

Minyak pelincir saya menjadi hitam dalam beberapa hari sahaja apabila saya menukarnya. Adakah ini perkara biasa?

Jika minyak pelincir bertukar warna bermakna ia berfungsi. Minyak pelincir yang baik mengandungi bahan tambah pencuci untuk membersih enjin dan menyebabkan minyak pelincir bertukar hitam. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di dalamnya dan enapan masih melekat pada bahagian enjin.


Adakah minyak pelincir yang lebih likat lebih baik. ?

Tidak. Kelikatan minyak dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu enjin. Minyak pelincir yang terlalu cair tidak mampu memberikan pelinciran yang mencukupi dan boleh menyebabkan penggunaan minyak pelincir yang banyak.  Jika terlalu likat pula, ia mungkin memberikan masalah seperti kurang kuasa, panas melampau, pengedaran lemah dan mengurangkan penjimatan bahan api.

Bila sepatutnya minyak perlu tipis atau tebal?

Enjin memerlukan minyak yang cukup tipis untuk permulaan pengoperasian enjin (sejuk), dan cukup tebal ketika enjin berkeadaan panas / sedang beroperasi. Memandangkan minyak akan menipis apabila enjin semakin panas, dan lebih tebal apabila sejuk, jesteru kita menggunakan apa yang disebut minyak multi-grade. Minyak ini memenuhi spesifikasi SAE dengan melengkapi ‘requirement’ untuk enjin ketika sejuk / bersuhu rendah (minyak tipis) dan ‘requirement’ untuk enjin ketika panas / bersuhu tinggi (minyak tebal).

Jadi waktu bilakah yang paling sesuai untuk memeriksa paras minyak pelincir enjin?.

Jika enjin kenderaan anda sejuk (contohnya setelah semalaman di garaj) anda boleh terus periksa paras minyak enjin anda. Minyak pelincir telah pun mengalir sepenuhnya ke dasar tangki. Cuma pastikan kedudukan kenderaan yang rata. Jika enjin masih panas (setelah dipandu) maka anda pelula tunggu lebih kurang 30 minit supaya kebanyakan minyak betul-betul mengalir ke bawah. TETAPI ada sesetengah kenderaan (seperti di sarankan oleh pengilang kenderaan di dalam Manual) perlu diperiksa ketika enjin beroperasi atau pada suhu tertentu seperti Porcshe Carrera ’92.

Cara terbaik memeriksa paras minyak hitam?

Nota: Penerangan ini hanya untuk enjin ‘wet-sump’ – jenis enjin yang terdapat pada kebanyakan kenderaan penumpang.

Bagi kebanyakan orang topic ini adalah perkara yang remeh dan semua orang boleh lakukan. Tetapi masih ada pengguna yang tidak tahu perkara asas dalam melakukan kerja ini.

Apabila memeriksa paras minyak di dalam enjin, kereta mestilah dalam paras / keadaan rata (tidak senget), dan mestilah enjin dalam berkeadaan sejuk. Sesetengah orang enggan membuka ‘crankcase’ atas sepenuhnya, dan mereka selalu memeriksa ‘dipstick’ sejurus mematikan enjin kenderaan. Memeriksa paras minyak dengan cara ini member bacaan yang mengelirukan kerana kuantiti minyak (biasanya setengah liter) sebahagiannya masih terdapat di ‘oilway’ dan ‘passages’ di dalam enjin, dan mengambil masa untuk mengalir turun ke ‘crankcase’. (di dalam gambar; bahagian berwarna biru menunjukkan di mana minyak masih mengalir turun ke dalam ‘sump’). Dalam keadaan paras minyak enjin yang bukan sebenar seperti tertera pada ‘dipstick’, mereka kemudian menambah lagi minyak ke dalam enjin. ‘Oilways’ dan ‘passages’ yang kosong, dan kemudian enjin dipenuhi lebih minyak pelincir, melebihi paras penanda ‘MAX’ pada ‘dipstick’.

Apa yang berlaku apabila paras minyak pelincir enjin melebihi tahap ‘MAX’.

Anda telah menambah minyak pelincir ke dalam enjin setelah enjin panas dan selepas melihat paras minyak pada ‘dipstick’ yang tidak tepat, atau anda mengisi minyak pelincir melebihi tahap yang sepatutnya apabila anda menukar minyak hitam. Apakah perkara buruk yang berlaku? Masalahnya adalah ketika anda menghidupkan enjin kemudiannya, ‘windage’ pada ‘crankcase’ serta tekanan lain yang terhasil daripada pengoperasian minyak di dalam enjin, dsb.

Berikutnya, tidak beberapa lama kemudian, pelindung ‘bearing’ utama bahagian belakang akan pecah dan enjin akan bocor. Jika anda menggunakan gear manual, ini bermaksud minyak yang bocor akan terkena pada flywheel dan permukaan cakera klac. Klac yang berminyak membawa pada situasi yang tidak bagus. Jika anda masih tidak perasan kebocoran ini, ia seterusnya akan menjejaskan pelindung ‘bearing’ utama bahagian hadapan pula, serta enjin akan memercikkan lagi minyak (atau ia akan mula menumpahkan minyak di setiap laluan). Secara kasarnya daripada minyak yang bocor ia boleh mendatangkan kerosakan terhadap kesuluruhan enjin termasuk cakera brek.

Pada masa yang sama ia juga boleh memburukkan keadaan dalam enjin. Seperti yang boleh kita lihat pada gambar rajah, paras minyak yang sebenar terletak berhampiran dengan ‘crank’ / engkol yang berpusing. Apabila minyak melebihi paras yang sepatutnya ‘crank’ akan tenggelam ke dalam minyak dan menghasilkan buih yang mana ia tidak bagus untuk enjin.

Pencampuran minyak dengan udara akan mmberi tekanan kepada ‘bearing’ dan untuk pengetahuan anda udara bukanlah bahan pelincir. Pada asasnya ‘bearing’ akan rosak secara berterusan lebih-lebih lagi apabila anda memandu di jalan raya. Anda akan tahu ‘bearing’ enjin anda rosak bila situasi ini betul-betul berlaku kepada anda. Enjin anda akan berbau seperti minyak enjin yang terbakar dan bunyi bising akan kedengaran. Dalam situasi yang lebih teruk minyak enjin boleh memasuki ruang pembakaran minyak petrol dan menjejaskan prestasi enjin dan keadaan bahagian pembakaran petrol.

Jumpa lagi untuk artikel yang akan datang.



Rabu, 24 Februari 2016

Teknik Dan Tips Mencandat Sotong

Mencandat Sotong, Teknik Dan Peralatan.




Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronokkan yang tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya. 



 Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.



Rezeki akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur, iaitu tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu agresif sehinggakan mereka memakan diantaranya (sama sendiri). Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Di tempat begini candat twist yang paling efektif sekali, dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong melekat pada candat.

Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.

JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA



1.Candat Twist

Candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.

2. Candat umpan

Berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat. Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya.

Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.

3.Candat Udang


Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong. Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut.

 Begitulah serba sedikit tips berkenaan dengan mencandat sotong untuk anda semua.Jumpa lagi di coretan yang seterusnya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...